Wednesday, 9 October 2013
BERITA TERKINI....
Sabak Bernam 8 okt - Begitulah nasib malang yang terjadi kepada dua peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam. Menurut saksi, Manan Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat dihalang oleh jirannya..Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu. Salah seorang penduduk tempatan yang juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut itu diikat.…dengan takbir yang bergema…dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan…darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk persiapan hari raya korban minggu hadapan… Selamat hari raya aidiladha. —